Keandalan Masa Big Ben

Menara Jam Besar pada waktu senja, dengan London Eye di latar belakang.

Jam Besar Westminster ini terkenal dengan ketepatannya mengikut masa. Keupayaan ini berpunca daripada kemahiran pembuat jam Edmund Beckett Denison (kemudiannya Lord Grimthorpe). Denison sebenarnya seorang peguam yang mempunyai hobi memperbaiki jam. Beliau juga mahir dalam ilmu horologi, iaitu ilmu mengukur masa dan ilmu membuat jam.

Mekanisme jam itu sendiri dibuat oleh Edward John Dent mengikut spesifikasi yang diberikan oleh Denison. Sementara menunggukan menara jam siap, Denison berpeluang membuat uji kaji ketetapan jamnya.

Disebabkan oleh lokasi jam ini ditempatkan dalam tempat yang tertutup, bandul jam ini dilindungi daripada faktor cuaca, ais dan juga burung-burung merpati yang banyak terdapat di kawasan Istana Westminster. Hasilnya, jam ini berupaya mengukur masa dengan tahap ketepatan yang amat tinggi dan tepat.

Pepatah Inggeris “putting a penny on” yang bermakna “mula perlahan” dikatakan berasal daripada cara untuk menala semula (fine-tuning) jam besar dengan cara menambahkan ataupun mengurangkan kepingan duit syiling satu penny. Cara ini masih digunakan, walaupun syiling penny itu sendiri tidak lagi digunakan selepas British menggunakan mata wang decimal dalam tahun 1971.

Jam Besar Westminster ini masih berfungsi dengan baik walaupun semasa Blitz, pengeboman London semasa Perang Dunia II. Tetapi pada tahun baru 1962, jam ini lambat sehingga 10 minit disebabkan oleh salji tebal, dan bunyi jam untuk tahun baru tersebut terlewat 10 minit.

Jam Besar Westminster ini mengalami kerosakan kali pertama dalam tahun 1976 dan perlu diperbaiki. Mekanisme yang menghasilkan bunyi loceng rosak kerana kelesuan logam pada 5 Ogos 1976. Kerja pembaikan hanya siap pada 9 Mei 1977. Sementara kerja pembiakan dibuat, BBC terpaksa menggunakan bunyi “pip” elektronik sahaja. Jam Besar ini terhenti pada 30 April 1997, sehari sebelum Pilihan Raya Umum Britain 1977 dan sekali lagi terhenti tiga minggu kemudian. Pada 27 Mei 2005, Jam Besar ini terhenti selama 90 minit kerana cuaca terlalu panas (sehingga 31.8 °C/90 °F0) sebelum bergerak semula.

Pada Oktober 29 2005, mekanisme jam ini terhenti kira-kira selama 33 jam supaya jam tersebut dapat dibaiki untuk servis. Ini merupakan masa terpanjang yang diambil untuk kerja-kerja pembaikian dijalankan dalam tempoh masa 22 tahun.

Pada tahun 2005 juga, sebuah manual pengganas telah dijumpai tempat Abu Hamza al-Masri, yang menanda Big Ben, The Statue of Liberty dan Menara Eiffel sebagai sasaran pihak pengganas. Dalam kes ini, The Old Bailey pada tahun 2006 telah menolak semua tuduhan yang menyatakan bahawa semua tempat-tempat yang telah ditanda bukan merupakan sasaran pengganas.

Sebuah "loceng suku" Big Ben telah dikeluarkan untuk dibaik pulih selama empat minggu mulai 0700 GMT pada 5 Jun 2006[6], ini disebabkan oleh kerosakan dan perlu dibaiki dan sevis.[7]

Rujukan

WikiPedia: Big Ben http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=10000102&si... http://www.earthcam.com/uk/england/london/bigben.p... http://www.bigben.freeservers.com/index2.html http://maps.google.com/maps?f=q&hl=en&q=london&ll=... http://widgets.opera.com/widget/4961 http://www.skyscrapernews.com/buildings.php?id=452 http://widgets.yahoo.com/gallery/view.php?widget=3... http://www.ctbuh.org/Portals/0/Tallest/CTBUH_Talle... http://big.ben.gallery.sytes.org/ //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=B...